Assalamualaikum..
kelalaian.. kelalaian demi kelalaian. manusia yg lalai yg alpa kerana duniawi. Ya Allah.. betapa diri ini lalai dengan segala drama dmuka bumi ini.. episod demi episod tanpa adanya penghabisan. sesungguhnya terlalu jaoh diri ini pergi. tenggelam dan terus lemas. sedarlah wahai diri. bukalah pintu hati ini supaya ianya terang kembali. bersihkanlah hati ini daripada segala kekotoran. pimpinlah aku bimbinglah aku wahai insan. kejutkanlah aku untuk bangun dan teruskan perjuangan menuju ke jalan mulia. kesilapan demi kesilapan yg telah diri ini lakukan. betapa daifnya diri ini. betapa ceteknya akal ini. semalam kumenangis kerana seorang insan. hari ini kumenangis keranaMu Ya Allah. bantulah hambaMu ini untuk berhijrah secara perlahanlahan.