Assalamualaikum..
hari nie gua nak masukkan puisi yg telah lama gua simpan dan dhasilkan ketika saat gua tersandung jatuh kerana cinta. Cinta yg sesungguhnya membuatkan kehidupan setiap insan berubah. gua hasilkan puisi ini dengan seikhlas hati dan ianya khas untuk dirimu.
Kau yang bernama kekasih..
maafkan diriku kerana melukakan hatimu..
maafkan diriku kerana menyakitimu..
maafkan diriku kerana memusnahkan kepercayaanmu terhadapku..
maafkan diriku jua kerana telah menyapa hatimu..
kekasih..
kau datang disaat aku lelah..
hadirmu membawaku ke puncak..
tak ingin lagi ku bermimpi setelah kau sedarkan aku betapa tingginya
bintang dilangit..
ingin kugapainya..
tapi ku masih tak berdaya..
cinta..
kau membuatkan air mataku mengalir..
kau jua memberi kerlipan dalam kisah hidupku..
kau membuat bibirku tersenyum..
indahnya cinta yang hadir dikala ini..
hati..
mengapa kau terlalu berani..
kenapa kau terlalu degil..
sampai bila kau mampu menghadapinya..
tolong berhenti..
pergilah wahai hati..
pergi membawa diri..
hasil nukilan:gadisgulagulamerah
16.02.2013
" Kadangkala orang yang menyintaimu adalah orang yang tak pernah mengatakan cintanya padamu..
Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..
Dan bila disuatu masa dia hilang dari pandanganmu..
Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.. "